E-mail:
BUAT RENUNGAN DAN INGATAN DIRIKU SENDIRI DAN SAHABAT-SAHABATKU SEKALIAN…
IBRAHIM BIN ADHAM seorang ahli tasawuf yang terkenal, ketika ditanya tentang sebab-sebab doa tidak dimakbulkan. beliau menjawab kerana hati buta disebabkan beberapa perkara iaitu:
# Anda mengenal ALLAH tetapi tidak menunaikan haknya. # Anda mengatakan cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi meninggalkan sunnahnya. # Anda membaca Al-Quran tetapi tidak beraMAL dengannya. # Anda menikmati nikmat ALLAH, tetapi tidak bersyukur kepadanya. # Anda berkata syurga itu benar, tetapi anda tidak beramal untuk memasukinya. # Anda berkata syaitan itu musuh tetapi anda tidak menentangnya. # Anda mengaku ingin selamat dari api neraka, tetapi menjuruskan diri kedalamnya. # Anda meyakini bahawa kematian itu satu kepastian tetapi tidak pernah mempersiapkan diri menghadapinya. # Anda sibuk dengan keburukan orang lain tetapi anda sendiri mengabaikan keburukan diri sendiri. # Anda menghantar jenazah ke perkuburan, tetapi anda tidak sedikit pun mengambil iktibar daripadanya.