Archive for July, 2005

aku ngantuk…

Wednesday, July 20th, 2005

arini ngantuk gile kat workshop…2 hari lepas kat workshop jugak tp buat keje nak siapkan ratchet..arini masuk electrical workshop.argh…hampes buat benda yg x best…ngantuk seh..

E-mail:

Thursday, July 14th, 2005

BUAT RENUNGAN DAN INGATAN DIRIKU SENDIRI DAN SAHABAT-SAHABATKU SEKALIAN…

IBRAHIM BIN ADHAM seorang ahli tasawuf yang terkenal, ketika ditanya tentang sebab-sebab doa tidak dimakbulkan. beliau menjawab kerana hati buta disebabkan beberapa perkara iaitu:

# Anda mengenal ALLAH tetapi tidak menunaikan haknya. # Anda mengatakan cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi meninggalkan sunnahnya. # Anda membaca Al-Quran tetapi tidak beraMAL dengannya. # Anda menikmati nikmat ALLAH, tetapi tidak bersyukur kepadanya. # Anda berkata syurga itu benar, tetapi anda tidak beramal untuk memasukinya. # Anda berkata syaitan itu musuh tetapi anda tidak menentangnya. # Anda mengaku ingin selamat dari api neraka, tetapi menjuruskan diri kedalamnya. # Anda meyakini bahawa kematian itu satu kepastian tetapi tidak pernah mempersiapkan diri menghadapinya. # Anda sibuk dengan keburukan orang lain tetapi anda sendiri mengabaikan keburukan diri sendiri. # Anda menghantar jenazah ke perkuburan, tetapi anda tidak sedikit pun mengambil iktibar daripadanya.

Alhamdulillah xde pape…

Wednesday, July 13th, 2005

Nasib baik smalam xde pape…cuak jugak aku klu kene berkampung kat hospital tu..jawapan yg menenangkan ati dr Doktor india tu..’mungkin dada awak bengkak sbb berlanggar aritu,nafas normal,bp ok,sume ok…klu fracture awak msti sesak nafas..tp klu awk rase sesak nafas cpt2 dtg balik..sy bg awak pain-killer’…thanx to ganesh and merwan sbb temankan aku gi hospital mlm td…thanx jugak la kat pak guard yg baik ati nak antar…tp balik,kene blk sendiri sbb dah malam sgt dkt kul 12..kopak poket 5 pound tambang taxi..ari sabtu lps injured tp baru smalam pegi check…habis tu nak wat camne ingtkan sakit besa je lps berlanggar ngan bip mase main bola aritu..tau2 je smalam lps main bola sakit gile..nak bernafas pun dada aku dah sakit..nak batuk ngan bersin pun payah…ape lg..pegi hospital trus la…

ari ni dpt berita yg x best…aku dah la sengkek skang ni..dis month n next month nye elaun dpt 26 aribulan nnt…hampes…aku baru pk nak gi tour or balik mlaysia..argh homesick siot…ataupun aku kluar mase cuti nnt pun ok jugak..aku pun tgh x btul ni…kpale ding dong jugak ni…heheh…

Smalam aku tepon opis sbb nak reply email dr kak AJ…dia tnye pasal kitorg kat sini…gara2 blasts kat London aritu..dia x bg kitorg jln mane2..suruh dok diam2 je kat sini..aduss…nak dok diam2 ni yg leceh..byk activity aku yg tergendala…xpe r tgk dulu camne…ape la yg bengong nye mamat2 ni nak bomb..yg nak pegi bunuh org cara mcm tu watpe?diorg ada buat salah ngan korang ke?buunuh family korang ke?nak bunuh,bunuh la bush tu…ariel sharon ke…ni or yg x salah pun nak bunuh…Yg diorg ni pun satu…blom pape lagi ckp org Islam yg buat…last2 name org islam yg busuk..org islam yg baik2 kat britain ni la yg kene kaco…kene ugut,kene bunuh…hampes..masjid jd mangse…dahla nak azan kuat2 x boleh…azan dalam masjid je..sume salah aku…aku yg x jage agama sendiri..aku lemah…sembahyang pun dah lambat…quran pun kejap 2 muke…kejap 4 muke…xde peningkatan lagi…bila nak khatam?kene kluar jugak ni….

aku dah agak dah mseti ada yg x kene….

Tuesday, July 12th, 2005

aku dah agak dah mesti ada org yg salah tafsiran ngan ape yg aku tulis x lame dulu…sedar benda ni pun bile tgh surf jln2 tgk2 blog and journal org…tetibe kat satu journal ni aku beminat plak nak bace sbb dah agak lame aku x dgr berita kat kawan baik aku ni…kawan aku dunia akhirat dan semoga dia skrang ni dlm rahmat dan peliharaan Allah selalu…

aku rase dia dah salah paham ngn ape yg aku tulis aritu..dan aku rase ni masenye utk aku terus terang ngan dia..xnak ade ape2 prasangke yang x elok..xpela baik aku tulis mail je la…xyah tulis dlm blog ni takut nnti timbul fitnah kat dia…and maaybe benda ni x mengaibkan sesape…InsyaAllah…

Ya Allah, berila aku kekuatan utk tempuh sume ini…Amiin…

Sama-sama fikir…

Monday, July 11th, 2005

Di Luar Lingkaran : Nasib umat Islam selepas pengeboman London

Serangan 7 Julai jejaskan ketenteraman penduduk Muslim di negara Barat
DUNIA digegarkan dengan berita beberapa siri letupan bom yang membunuh sekurang- kurangnya 52 orang dan mencederakan lebih 700 yang lain di kota London, pagi Khamis baru lalu.

Belum pun reda kegelabahan dan kacau bilau yang disebabkan bom yang meletup dalam kereta api bawah tanah dan bas, jari sudah ditudingkan pada "pengganas Islam." Selain kenyataan satu kumpulan yang mendakwa di dalam Internet bahawa mereka ada kaitan dengan al-Qaeda, media Barat sudah begitu yakin bahawa semua itu buah tangan pelampau Islam. Sekali lagi yang terjejas ialah nama baik Islam dan orang Islam.

Sedihnya lebih 1.3 bilion penganut agama Islam akan diperingatkan oleh media Barat bahawa mereka berkongsi agama dengan pengganas yang akan melakukan apa saja untuk menyampaikan mesej mereka.

Caranya ialah dengan menyebabkan kerosakan harta benda dan membunuh orang yang tidak berdosa.

Kerajaan Malaysia mengambil pendirian mengecam perbuatan itu dan sikap kita jelas tidak menyokong keganasan walau apapun motif dan matlamatnya .

Kita harus ingat, "masa" berlakunya peristiwa Khamis lalu amat penting. Sesiapapun yang melakukannya mengambil kesempatan dari tiga perkara: Pertama, pertemuan ketua-ketua kerajaan Negara G-8 di Scotland yang sedang berlangsung.

Kedua, perihal London masih dalam keadaan berpesta kerana kejayaan kota itu meraih undi terbanyak bagi menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2012. Ketiga, London juga memainkan peranan penting untuk mengadakan konsert "Live 8" secara besar-besaran yang membabitkan banyak kota utama dunia bagi membangkitkan kesedaran mengenai isu kepapaan manusia.

Maka itu tentulah ada muslihat tertentu mengapa serangan ke atas London dilakukan.

Apa yang terjadi di London samalah seperti apa yang berlaku di Madrid pada 11 Mac 2004 menyebabkan lebih 200 orang terkorban. Seperti juga Sepanyol, United Kingdom (UK) mempunyai sejarah yang panjang dalam hubungan Islam dan bukan Islam.

UK lebih-lebih lagi jauh lebih toleran terhadap umat Islam berbanding banyak negara Eropah lainnya.

Khamis lalu, jutaan umat Islam di UK akan berdepan dengan prasangka baru, bias tidak bertempat dan backlash yang bur uk.

Seperti juga apa yang berlaku pada rakyat Islam AS selepas Peristiwa 11 September 2001, banyak pemimpin Islam di UK membayangkan keadaan yang sukar dan tidak menentu.

Selama ini rata-rata umat Islam di UK hidup dalam keadaan selesa dan isu membabitkan soal agama dan ideologi selalu dilupakan. Umat Islam menjalankan urusan harian tanpa banyak masalah. Walaupun hanya ada 1.3 juta umat Islam di UK berbanding 4.2 juta di Perancis dan 3.2 juta di Jerman, umat Islam UK lebih menonjol dan lebih mudah melalui proses integrasi.

Sehingga rencana ini ditulis, apa yang dibaca dalam akhbar dan didengar di TV hanyalah andaian bahawa al-Qaeda bertanggungjawab. Kita harus ingat London ada sejarah keganasan yang panjang dan berdarah.

Tentera Pembebasan Ireland (IRA) membawa perang gerila ke kota London, memusnahkan banyak harta awam dan membunuh dan mencederakan manusia. Walaupun Perjanjian "Good Friday" telah memberhentikan serangan IRA tetapi permusuhan dan dendam yang berabad lamanya belum lagi berakhir di antara penganut Katholik dan Protestan.

IRA atau mana-mana sel pengganas yang lain boleh menunjukkan wajah huduhnya dengan mengambil kesempatan dari fobia masyarakat UK terhadap Islam.

Kita harus ingat, selain tragedi 11 September, dunia telah diperingatkan mengenai perbuatan pengebom yang dikaitkan dengan Islam Kaspiisk, Dagestan pada Mei, 2002; Denpasar, Bali pada 12 Oktober 2002; Riyadh pada 12 Mei 2002; Znamenskoye, Chechnya pada hari yang sama; Casablanca, Maghribi pada 16 Mei 2002; Baghdad pada 19 Ogos 2003; Madrid pada 11 Mac 2004; Al Khobar, Arab Saudi pada 29 Mei 2004 dan Beslan, Russia pada September 2004.

Maka itu pola pengeboman di London dengan pantas dikaitkan dengan militan Islam, sesuatu yang sebenarnya belum tentu terbukti. Masih jauh jalannya untuk sampai pada kesimpulan itu.

Tetapi bagi media Barat dan banyak pemimpin Barat, hukuman sudah dijatuhkan.

Media Barat sudah memberikan nama baru pada "pengebom Islam" (Islamic bomber) ini - "jihadi" - yang menjadi sebahagian dari leksikografi keganasan semasa. Umat Islam tentulah tidak senang dengan istilah "pengebom Islam" atau "jihad" ini.

Mengapa tidak keganasan di Ireland Utara dikatakan berpunca dari "pengganas Katholik atau Protestan"? Kenapakah pengganas Red Army satu ketika dulu tidak dilabelkan "pengganas Buddhist?" Atau pejuang pemisah Tamil Elam tidak dikaitkan dengan agama yang mereka anuti? Hari ini Islam dan keganasan menjadi senama dan Islam juga cuba digambarkan sebagai agama kuno yang harus berdepan dengan dilema untuk menempatkan umatnya dalam kerangka "moden" atau acuan "sekular" masa kini. Hal ini tentu jauh sekali daripada kebenaran.

Islam tidak pernah mengajak umatnya mundur atau tinggal papa. Islam ialah agama yang mengajak pada kemajuan. Tetapi kita tahu realiti hari ini, negara dan umat Islam banyak yang miskin.

Kajian yang dibuat ke atas umat Islam menunjukkan mereka jauh lebih ketinggalan daripada segi pendapatan perkapita berbanding penganut agama lain, mereka lebih banyak yang buta huruf, dan daripada lebih tujuh juta manusia yang dilabelkan "pelarian" hari ini, dua pertiga adalah umat Islam.

Malah daripada segi kekayaan negara pun, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terkumpul 57 buah negara Islam dalam Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), tidak dapat menyaingi KDNK negara kedua terbesar ekonominya di dunia Jepun.

Hanya lima negara Islam di dunia yang mempunyai pendapatan per kapita KDNK melebihi RM38,000 sedangkan 30 buah negara Islam lain mencatatkan sekitar RM3,800 saja.

Hari ini, kenyataannya ialah Islam adalah agama yang paling pesat pertumbuhannya dengan peningkatan lebih 34 peratus setahun berbanding dengan 25 peratus bagi penganut Kristian.

Pertumbuhan bilangan umat Islam yang tidak dibantu dengan pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan akan memberikan masalah pada kerajaan negara Islam.

Kita harus ingat, buat masa ini negara Islam yang paling banyak penduduknya, Indonesia, Pakistan dan Bangladesh juga tersenarai sebagai negara yang relatif miskin.

Kemiskinan dan keresahan ialah sarang untuk pelbagai tindakan tidak rasional. Ini berlaku pada mana-mana masyarakat dan penganut mana- mana agama. Apa yang berlaku di Palestin dengan tertubuhnya negara Israel sejak 1948 telah menyebabkan rakyat Palestin terpinggir.

Kita tahu sejarah malang yang menimpa mereka. Sejarah mungkin lebih faham mengapa mereka mengambil tindakan melampau menentang pendudukan Yahudi. Tetapi tiada siapa yang berusaha cukup jujur mencari damai di Palestin. Atau memperbaiki kehidupan rakyat Palestin yang tertindas.

Anak-anak muda Palestin hanya mengenal keganasan Yahudi, sikap berat sebelah AS dan gerakan intifada.

Dikhuatirkan, apa yang berlaku di London akan menulis semula hukum hakam hubungan orang Islam dan bukan Islam di Eropah. Malah sebaik- baik saja debu pengeboman terakhir itu, Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) sudah menggerakkan apa yang dianggap "mekanisme tindakan pantas" bagi membolehkan 25 negara anggota "menghadapi ancaman pengganas." EU berhak berbuat demikian. Tetapi ada elemen yang lain yang tidak bertulis - nasib dan hak asasi jutaan umat Islam di Eropah.

Amerika Syarikat menggunakan pelbagai undang-undang yang bertentangan dengan hak asasi manusia atas alasan "melindungi" rakyatnya. Kita semua tahu apa yang berlaku selepas itu.

Baik di Abu Ghraib atau di Pusat Tahanan Guantanamo di Cuba, hak asasi dibuang ke longkang. Matlamat menghalalkan cara. Benar UK sudah biasa dengan keganasan. Tetapi kali ini keadaannya berbeza.

Kalau benar yang bertanggungjawab melakukannya pelampau Islam, maka kita akan melihat tindakan yang berbeza dan reaksi umum yang jauh lebih buruk terhadap umat Islam.

Mungkin kita harus menanyakan diri kita, apakah umat Islam lebih baik keadaannya selepas 11 September? Kali ini, soalannya apakah nasib dan masa depan umat Islam lebih baik selepas peristiwa pengeboman London, Khamis lalu?

Assignment…

Monday, July 4th, 2005

argh tidaakk…byk gile assignment nak kene siapkan…

(1)marine engineering management-nak kene siapkan dlm mggu ni

(2)Group assignment- Engineering Design-Intro nak kene submit next week

(3)Marine Electrical-Date line Sept ni

(4)Incoming assignment subject Propulsion- SOx and NOx