Archive for June, 2005

Tajuk: AURAT WANITA DARI FIRMAN ALLAH DAN HADIS-HADIS NABI

Monday, June 27th, 2005

Cetak Laman Ini

1. Bulu kening

Menurut Bukhari, "Rasullulah saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)

"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31.
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan
mengikut hentakan kaki.

3. Wangian

"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.” An-Nur : 31

5. Gigi

"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah".
Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan

"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:” Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata

"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh
pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32.)

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur :31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia
ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar.

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan
Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

12. Rambut

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada
kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250) "

aku tgh xde mende nak tulis…just copy n paste…

Alhamdulillah,semua setel…

Friday, June 24th, 2005

Alhamdulillah…ari yg cuak dah setel..aku dan 5 org lagi dah past oral n praktikal arini…kire berbaloi jugak la usaha aku selama 1 week ni..dah dpt certificate proficiency lifeboat ni,kire boleh r aku jd nelayan laut dalam…kekekeke…ari yg hepi…result test thermo last week pun dah dapat..distinction…alhamdulillah… boleh kate hari yg best la arini…examiner pg td pun best,siap bg kate2 yg menaikkan morale aku…heheh…biar aku sorang je la yg tau…best2..mmg best…sok pg la tepon umah…rindu plak..pastu nak tpon bdk2 yg buat gath kat teluk batik…ceiss..time aku xde la korang buat…Insya Allah next time aku dtg…

Aku dah lama maafkan sume kesalahan orang kat aku…

Thursday, June 23rd, 2005

selama ni aku dah lama maafkan salah org kat aku…dan kalo aku rase ape yg org tu buat baik dan elok,aku x salahkan dia..tp kalo satu benda yg dia buat kat aku tu sakitkan ati aku ke,mmg x btul ke or dgn kate lain mmg totally ‘bangang’,mmg la aku melenting…aku pun bleh dan tau pk mane yg baik, mane yg buruk,so x payah la risau..manusia kat bumi ni mcm2 ragam…kjap jumpa yg mcm ni,kjap lagi jumpe mcm tu…ari ni dia jd si polan,esok luse dia jd org lain…benda ni aku dapat tgk…bukan kat org lain,kadang2 aku sendiri…

dah lama aku x tulis dlm blog ni…malas n busy sket..mggu ni mggu yg meletihpenatkan…kira penat + letih la…dis week kene blaja bawak lifeboat,cara nak long side and rescue man overboard…pastu kene terjun swimming pool pulak..sok dah last day…ni yg payah ni…ada prktikal exam n oral…aduss..tp Alhamdulillah aku sihat…InsyaAllah doakan aku esok…

Ya Allah,permudahkanla urusan Shahrir dan kawan2nye esok,Amiin..

Hari-hari…

Wednesday, June 8th, 2005

After breakfast be4 gi kls tiap2 ari,rutin aku dlm kul 8.15am akan pegi ke learning centre,first skali check email aku kat yahoo n hotmail…so kalo dlm hotmail ada msg dr frenster aku akan check msg dlm frenster..then barula gi website berita harian,utusan or harakah…tp harakah jarang sket..baru balance org kate…sjak akhir ni,mcm2 berita la kat malaysia ni…eksiden xyah cerita la,tp bab buli kat skolah asrama masih ada lg n rasenye benda ni xkan hilang..cerita pasal bunuh la itula…aiseh ape nak jd…hari2 kls start kul 9 so klu ada mase lps bace paper tu,saje jenguk2 blog abg nan ngn abg rafique…blog yg sentiasa aku follow..klu dulu diorg ni rjn update tp skang ni jarang sketla sbb masing2 dah sibuk..boleh kate dr blog2 mcm diorg ni la aku byk blaja n berfikir..mmg bagus serba serbi punya info,ilmu etc..dr bab2 agama,fikir atas iman n amal,politik,ekonomi,sosial,jiwang sume ada…hahaha…so sdikit sebnyk mempengaruhi penulisan aku ni….ape salahnye blaja benda yg baik kan!!!bln 6 ni ramaila member2 aku yg kat obersea nak blk malaysia…kdg2 rase jeles jugak dgr diorg nak blk jumpe family…aduss…sayu ati ini..nak balik jugak…mane aci diorg bleh balik aku x leh balik…huhuh…bln august ni baru aku ada cuti 1 bln…tp aku rase aku x blk kot…duit xde maa…14th batch nak buat gath ujung bln ni…aku harap thn dpn korg buat lg laa…InsyaAllah xde pape aral aku gi tahun dpn…

Monday, June 6th, 2005

arini baru start kls balik lps seminggu cuti..cuti ni aku x plan ke mane pun x mcm cuti lepas aku merayap gi manchester…mggu ni aku merayap dkt2 je la dlm 50km persegi…area2 south n north shields, ngan newcastle je..shopping2 sket,n gi car boot sale..boleh tahan la…n dlm mggu ni jugakla beskal kesayangan dah rosak…dah lumpuh dah beskal aku…nak beli spare part mahal…lg mahal dr harga beskal 2nd hand aku ni..ape bleh buat..brg 2nd hand…terima je la..lgpun beskal tu dah byk bekhidmat utk kwn2 aku..beskal pun £15,spare part £20…ape kes aku nak beli baru…so mau x mau,beskal tu msk dlm pit stop dulula…xtau la bile agaknye bleh jln blk..thanx to aizil n lan,sbb sama2 tlg aku repair beskal tu…klu antar kdai ni,x taula,bape pound lagi yg terbang dr poket aku ni..ni modal repair sendiri x byk mane.stakat tool aku share duit beli ngan aizil baru je £3..cabut sume gear,pendek kan rantai sume buat sendiri..diagnosis yg rosak sume sendiri…sume free..heheh..x sangke plak aku bleh repair beskal sendiri..selama ni klu kat malaysia klu rosak antar kdai,rosak sket antar kdai…amik ko…dah dok sini,nak save duit pandai2…skang ni kene concentrate sket blaja..dah rileks 1 week,skang time nak blaja,assignment byk gile beratur yg nak kene buat…dah la…