Soal Hati..(re-post from someone)
langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang
yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang
menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang
maupun sempit, dan orang-orang yang menahan
amarahnya dan memaafkan (kesalahan)
orang.Allah menyukai orang-orang yang berbuat
kebajikan."(Ali-imran 133-134)
Susah nak cerita tentang hati ni, selain dari diri
kita sendiri, yang mengenali hati kita adalah Allah
SWT.bila hati sedang marah, kalau ianya tidak
dikawal kita boleh menyakiti hati orang di sekeliling
kita.bila hati merajuk, terasa dengan kata-kata
sahabat kita,kalau tak dikawal ,boleh mencacatkan
persahabatan kerana kita akan mula melihatnya
dengan pandangan yang berbeza.
bila hati terasa sayang pada seseorang,kalau tak
dikawal boleh menyebabkan kita membuat perkara
yang tak sepatutnya sebagai seorang
muslim.boleh mengganggu fikiran dan kadangkala
membinasakan diri.bila hati rasa gembira,
kadangkala kita terlalu leka dengan nikmat Tuhan
hingga kita lupa nak merendahkan diri kepada
Pencipta menyampaikan ucap syukur kita sebagai
hamba.bila hati terasa sedih,sayu, kita mencari-
cari dahan untuk berpaut tetapi hanya pada
manusia, tidak kembali pada Allah dan mengadu
denganNya kerana sebenarnya Dialah Pendengar
yang terbaik.
bila kita dekat pada Allah,tautan hati kita yang
teguh denganNya akan memandu hati
kita,perbuatan kita dan perkataan kita.hidupkan
hari-hari kita dengan sifat husnuzhan,suburkan ia
dengan sifat-sifat mahmudah,serikan malam kita
dengan ketundukan kita pada Allah SWT di atas
tikar sejadah.tiada cara untuk mendidik hati
ini,Islam adalah terasnya, iman kita adalah
pemandunya.
bila hati ini sentiasa ingat Allah,cinta kita padaNya
akan memandu perasaan-perasaan yang muncul
yang kadangkala mengganggu hubungan kita
dengan Maha Kuasa.
hati ni macam segelas air,kita masukkan pewarna,
merah,kuning atau hijau,itula warnanya,kita letak
gula manislah rasanya,bila ditambah garam maka
masinlah hasilnya.ia perlu diisi,bila dibiarkan
kosong,syaitan dan nafsu berlumba-lumbalah
memenuhkannya.
qalb yang dekat pada Allah,akan merintih agar
jasad ini kembali kepadaNya bila jasad teralpa
dengan pekerjaan dunia.qalb yang sentiasa
tawadhu’ akan sentiasa mengakhiri harinya dengan
muhasabah diri kepada Yang Khaliq.qalb yang
sentiasa dibasahi Kalamullah dan zikrullah,akan
kuat menahan dugaan dan cabaran.
memang susah nak mendidik hati,tapi setiap
perkara perlu ada titik pemulanya.jihad untuk
mendidik hati ini perlu pada azam yang
teguh.inshaAllah moga Allah beri sang penulis ini
dan pembaca-pembaca kekuatan yang kita perlu
dalam menuju ke tingkatan hati hamba yang
terbaik.Aamin..