Archive for May, 2005

Yang bergelar wanita

Tuesday, May 24th, 2005

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah…sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya…
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan…
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…
Bahkan akan semakin membengkok…
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…

Bila wanita menjadi derhaka…pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata…
Tapi binalah kepimpinan…
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya…
Jinakkan diri kepada allah…
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu…

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah….

aku x tau dah nak tulis ape…

Monday, May 23rd, 2005

Arini aku dpt msg dr seseorg…dah lame dah x msg ngan dia ni…dkt setahun kot.bgs jgk dia msg aku..at least aku ada sbb nak msg ngan dia..heheh…dia tetap kawan aku dunia n akhirat..biarla ape nak jd..smalam for the first time aku gi mlawat wilayah  bersblahan ngan south shields ni,North shields…dpt r jln2 naik ferry..ari sabtu x buat ape2…stakat jln2 gi temple park..yg aku rase antara community centre yg terbesar n terbest kat south shields ni…argh aku dah blur..Allahu Akbar..

Aku dah malas…

Thursday, May 19th, 2005

apsal aku dah malas skang nak update blog ni…maybe dah xde citer kot or dah kering idea nak menulis ape…dis week start blaja benda2 baru..subjek baru…start dok dpn pc buat autocad,engineering drawing tah nak lukis pun masih terkial2..lukis garisan pun bengkok2..haha…tgn pengkor..dah la x suke melukis..kadg2 menyesal plak mase kat skola dulu x amik LKJ..skang ni nganga r… mase kat semesti,amik bio cikgu ranti suruh lukis gambar jantung pun aku terkial2..aduss..sedih seh x pandai melukis ni..bukan kelebihan aku r dlm bidang ni..ada hikmah Allah bg aku x pandai dlm lukisan ni agaknye..nnt maybe klu aku terer lukis aku blagak ke ape ke,aku lukis benda2 yg x elok ke…who knows? teringt mase kat ACS,hehe..darjah 3 kot cikgu seni time tu sape ek,x ingt,suruh lukis gambar pemandangan,aku pun suruh prasanth lukis gambar kat tepi pantai mase sunset..pergh lawa gile..memang respek r kat sifu lukisan aku ni..heheh..pastu ada satu lukisan lagi aku mintak pak usu aku lukis kan pulak..mase darjah 4 aku siap mintak cikgu norazan lukis kan lagi…pergh hampehnye aku ni..cikgu norazan..katne r dia skang ni?ape dia buatek?bisnes kot?

meh blaja doa….

Tuesday, May 17th, 2005

Doa

doa hujan
allahumma sayyiban nafiaa
doa sikat rambut
allahumma asa luka min kulli sya`rina hasanah
doa makan buah
allahumma barik lana fi samarina

amik dr abg nan’s blog…

mggu ni byk kls cancel…dr 21 org clssmate aku skang tggl 6 org je mggu ni…lecturer pun maalas nak ngajar…15 org lagi ada survival course…agaknye skang ni diorg tgh naik lifeboat kot kat river tyne tu…x pun tgh dgr lecture or kat dlm pool..busan gile x tau r nak buat ape…mcm besa r time2 busan ni masuk blog org la..dgr cite2 menarik…smalam ptg buat pertama kali setelah beberapa thn aku trn ke gelanggang tenis selaku adik andre agassi..hehe..main ngn eton my room mate..pnat seh main..pnat kutip bola je..xpela…baru lagi kan…lps ni dah biasa terer r main cm dulu2…alhamdulillah dah 3 result dpt..so far sume ok..maybe ptg ni dpt lagi 1 kot..subjek yg best n harap dpt result yg best…

Legaa…Alhamdulillah..

Thursday, May 12th, 2005

Ya Allah,berikanla kejayaan yg cemerlang kepada shahrir dan kawan2nye….Aaamiin…

habis jugak xm aku…gile ah lame..2 minggu tu…x prepare ape2 trus exam..skang tggl tggu result je…biar r sume pass xde yg sangkut..dlm mase 2minggu ni aku jd x tentu arah…klam kabut aku dgn tdo x cukupnye,makan x kenyngnye…hehe..arinih aku berjaya mendapatkan makanan malaysia…heheh..td tghari lps final paper aku trus gi newcastle gi umah adik makcik ani…makcik ani dr malaysia gi umah adik dia kat newcastle.mak aku ada la kirim barang utk aku…huhu serunding daging n sambal ikan bilis..nyum2…baju karate pun dah dpt…heheh sok bleh r aku rasmikan baju aku tu…dah bape lame dah terlipat dlm gobok baju tu…dkt 3 thn kot..harap2 muat lagi…heheh…lpas ni aku kene check balik life aku…sume nak kene kemas kini blk..dr soal agama,kewangan,study kene check blk…klu x check bahye nnt..mcm kate aini kite skang kat obersea…mcm2 blh jd…so kene ingt2 la slalu…aku harap akan ada org yg akan saling ingtkan aku sentiasa…esok aku nak gi south shields nak cari keje part time…heheh..pastu tghari gi semayang jumaat…buat pertama kali ari jumaat free..xde klam kabut nak gi kls…bgs2…ptg  main bola pastu tdo…dah bape ari aku asyik tdo kul 3 pg..tu pun blom tentu mate blh lelap,kdg smpi kul 4 pg baru blh lelap…subuh awal gile skang ni..2.30am…biasa lps subuh baru aku tdo time xm week ni..aduss…Ya Allah berila aku kekuatan nak bgn subuh,Ya Allah…

Soal Hati..(re-post from someone)

Friday, May 6th, 2005
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari
Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas
langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang
yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang
menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang
maupun sempit, dan orang-orang yang menahan
amarahnya dan memaafkan (kesalahan)
orang.Allah menyukai orang-orang yang berbuat
kebajikan."(Ali-imran 133-134)

Susah nak cerita tentang hati ni, selain dari diri
kita sendiri, yang mengenali hati kita adalah Allah
SWT.bila hati sedang marah, kalau ianya tidak
dikawal kita boleh menyakiti hati orang di sekeliling
kita.bila hati merajuk, terasa dengan kata-kata
sahabat kita,kalau tak dikawal ,boleh mencacatkan
persahabatan kerana kita akan mula melihatnya
dengan pandangan yang berbeza.

bila hati terasa sayang pada seseorang,kalau tak
dikawal boleh menyebabkan kita membuat perkara
yang tak sepatutnya sebagai seorang
muslim.boleh mengganggu fikiran dan kadangkala
membinasakan diri.bila hati rasa gembira,
kadangkala kita terlalu leka dengan nikmat Tuhan
hingga kita lupa nak merendahkan diri kepada
Pencipta menyampaikan ucap syukur kita sebagai
hamba.bila hati terasa sedih,sayu, kita mencari-
cari dahan untuk berpaut tetapi hanya pada
manusia, tidak kembali pada Allah dan mengadu
denganNya kerana sebenarnya Dialah Pendengar
yang terbaik.

bila kita dekat pada Allah,tautan hati kita yang
teguh denganNya akan memandu hati
kita,perbuatan kita dan perkataan kita.hidupkan
hari-hari kita dengan sifat husnuzhan,suburkan ia
dengan sifat-sifat mahmudah,serikan malam kita
dengan ketundukan kita pada Allah SWT di atas
tikar sejadah.tiada cara untuk mendidik hati
ini,Islam adalah terasnya, iman kita adalah
pemandunya.

bila hati ini sentiasa ingat Allah,cinta kita padaNya
akan memandu perasaan-perasaan yang muncul
yang kadangkala mengganggu hubungan kita
dengan Maha Kuasa.
hati ni macam segelas air,kita masukkan pewarna,
merah,kuning atau hijau,itula warnanya,kita letak
gula manislah rasanya,bila ditambah garam maka
masinlah hasilnya.ia perlu diisi,bila dibiarkan
kosong,syaitan dan nafsu berlumba-lumbalah
memenuhkannya.

qalb yang dekat pada Allah,akan merintih agar
jasad ini kembali kepadaNya bila jasad teralpa
dengan pekerjaan dunia.qalb yang sentiasa
tawadhu’ akan sentiasa mengakhiri harinya dengan
muhasabah diri kepada Yang Khaliq.qalb yang
sentiasa dibasahi Kalamullah dan zikrullah,akan
kuat menahan dugaan dan cabaran.

memang susah nak mendidik hati,tapi setiap
perkara perlu ada titik pemulanya.jihad untuk
mendidik hati ini perlu pada azam yang
teguh.inshaAllah moga Allah beri sang penulis ini
dan pembaca-pembaca kekuatan yang kita perlu
dalam menuju ke tingkatan hati hamba yang
terbaik.Aamin..

Exam week..

Tuesday, May 3rd, 2005

huh..bape ari dah x online..ceit..tgh exam week ni sbnarnye…Aduss baru abis 2 paper.8 to go..ni baru lps marine electrical principle..alhamdulillah nsb baik dpt buat..ari jumaat lps paper pneumatic n hydraulics..mcm hampeh sbb aku x suke subjek tu..ari sabtu lps member munzir ,merangkap member aku r skang ni dr newcastle uni dtg..aritu mase munzir dtg aku lawat diorg n dis time diorg lawat aku n the gang kat sini..so far xde pape benda yg menarik la weekend ni..lgpun tgh exam week mood kureng sket…ditambah ngn kemalasan yg menyala-nyala..haha..bile nak rajin ni?lps exam ni aku ngn tobey dah plan nak keje kat ASDA..harap2 kitorg nnt  dpt keje r nak menampung n nak meny’aving’ sket.. lps ni ni blk malaysia kaya sket…hehehe.